Pemain Pasaran ‘Bingung’? Ini Apa Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran Pada Pembukaan Minggu Ini

734

Indeks saham Eropah jatuh dari rekod tertinggi baru-baru ini pada hari Isnin, dan Wall Street kelihatan bakal mengalami kerugian, dengan para pedagang bergelut dengan pandangan ekonomi yang tidak pasti dan menunggu data inflasi AS pada hujung minggu ini.

Saham AS mula jatuh dari rekod tertinggi pada Jumaat, dalam pergerakan yang dianalisis sebagai proses mengambil untung, selepas data gaji AS menunjukkan gambaran yang bercampur-baur tetapi mengekalkan jangkaan untuk pengurangan kadar Fed pada bulan Jun.

Para pedagang kini memberi tumpuan kepada data inflasi AS yang dijadualkan pada hari Selasa, yang boleh mengubah jangkaan bagi bilakah bank pusat utama akan mula mrngurangkan kadar.

Indeks Ekuiti Dunia MSCI turun 0.3%, selepas mencatatkan rekod tertinggi baru pada Jumaat.STOXX 600 Eropah, yang juga mencatatkan rekod tertinggi pada Jumaat, turun 0.5%. FTSE 100 London turun 0.5% dan DAX Jerman turun 0.7%.

Amelie Derambure, pengurus portfolio aset kanan di Amundi, berkata penurunan pada hari Isnin mungkin disebabkan oleh ketidakpastian mengenai pandangan ekonomi, dan penilaian tinggi dalam saham. “Ada beberapa elemen dalam pandangan makro yang mungkin tidak sejelas yang diingini,” katanya.

Pada minggu lalu, ulasa dari Pengerusi Fed Jerome Powell dan penggubal dasar ECB Eropah meningkatkan jangkaan bahawa pengurangan kadar faedah akan bermula pada musim panas, membantu mendorong indeks saham ke paras baru.

Derambure berkata terdapat “keletihan” dalam saham, menunjukkan perbezaan dalam lintasan kumpulan saham teknologi AS yang dikenali sebagai “Magnificent Seven”, yang telah berkembang dengan kukuh dalam beberapa tahun terakhir.

Laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS untuk Februari pada hari Selasa dijangka meningkat 0.4% untuk bulan itu dan mengekalkan kadar tahunan pada tahap 3.1%. Inflasi teras dijangka meningkat 0.3%, yang akan menekan kadar tahunan ke paras terendah sejak awal 2021 pada 3.7%.

Pulangan AS 10 tahun turun sekitar satu mata asas pada 4.0807%. Pulangan bon kerajaan zona Eropah kebanyakannya sedikit lebih tinggi, dengan pulangan bon 10 tahun Jerman naik satu mata asas pada 2.281% selepas minggu lalu mengalami penurunan mingguan terbesar sejak Disember.

Indeks US dolar AS mengukuh 0.16% pada 102.76, selepas jatuh lebih dari 1% minggu lalu, dan euro stabil pada $1.09355. Yen sedikit mengukuh selepas Reuters melaporkan bahawa sejumlah penggubal dasar Bank Jepun semakin bersetuju dengan idea mengakhiri kadar negatif pada bulan ini.

Data yang dikeluarkan pada hari Isnin menunjukkan Jepun tidak dalam kemelesetan ekonomi selepas pertumbuhan ekonomi diniali naik kepada 0.4% secara tahunan untuk suku keempat Disember.Saham China meningkat selepas data hujung minggu menunjukkan lonjakan dalam inflasi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat