Pemain Pasaran Mula Menarik Nafas Lega! Jumlah Tuntutan Pengangguran Di Bawah Angka 1 Juta!

380

Tuntutan faedah pengangguran pada minggu lalu jatuh di bawah 1 juta buat pertama kalinya sejak 21 Mac. Hal ini menunjukkan tanda bahawa pasaran buruh semakin pulih dari wabak Covid-19.

Jumlah tuntutan pengangguran mencatat angka bacaan 963,000 bagi minggu yang berakhir 8 Ogos. Bacaan ini jauh tersasar dari anggaran pakar ekonomi yang mensasarkan jumlah tuntutan sebanyak 1.1 juta.

Jumlah tuntutan pengangguran telah melebih 1 juta selama 20 minggu berturut-turut selepas beberapa sektor ekonomi A.S ditutup sebagai langkah membendung penularan Covid-19.

Jumlah rakyat Amerika yang menerima faedah pengangguran jatuh bagi minggu yang berakhir pada 25, menurun lebih 3 juta kepad 28.26 juta. Dalam masa yang sama laporan juga menunjukkan bahawa tanda penurunan dalam pengangguran.

Separuh rakyat Amerika Syarikat yang telah kehilangan pekerjaan telah mula memperoleh pekerjaan. Bulan Julai menyaksikan kenaikan dalam peluang pekerjaan kira-kira 1.8 juta, menjadikan kadar pengangguran turun kepada 10.1%

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat