“Pelabur rasa LINK ni antara kripto berpotensi tak untuk jangka masa panjang?”
Sejak kebelakangan ini, Chainlink (LINK) yang berjaya menunjukkan pertumbuhan ketara bukan sahaja telah memeterai perjanjian bersama pelbagai jenis syarikat malah perkhidmatan dilaksanakannya turut semakin meningkat.
Selain itu, aktiviti pembangunan pada rangkaiannya juga menyaksikan lonjakan dan ini membawa makna bahawa LINK telah melakukan pelbagai usaha untuk berkembang maju secara global pada masa hadapan.
Suka dimaklumkan banyak pelabur besar sudah mula berminat terhadap LINK apabila aktivitinya mengalami lonjakan, di mana whales dan sharks yang memegang 100,000 sehingga 10 juta LINK telah mengumpul lebih banyak lagi aset digital itu sejak Disember 2022.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa para pemegang LINK semakin yakin dan percaya aset digital tersebut berpotensi untuk mendaki lebih tinggi daripada harga semasanya.
Bagaimanapun, peningkatan bilangan pelabur besar seperti whales juga dapat menyebabkan pelabur runcit kehilangan minat terhadap LINK susulan mereka akan terkesan sekiranya whales bertindak jual LINK secara serentak.
Memang tidak dinafikan aktiviti pembangunan dan whales yang melabur dalam LINK kian meningkat, tetapi harga aset digital itu telah menjunam secara ketara selepas 21 Julai 2023.
Setelah menguji zon rintangan $8.46, LINK tergelincir sebanyak 4.65% dan jika harganya secara berterusan menyaksikan pergerakan menurun maka aset digital tersebut berupaya untuk menguji semula zon sokongan pada $6.99.
Sehingga berita ini ditulis, harga LINK melonjak sebanyak 2.04% pada paras $7.33 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $3 bilion tetapi tetap mencatatkan penyusutan 1.30% sepanjang minggu lepas.