Pembelot Negara? Bekas Pembangun Ethereum Dipenjara Lebih 5 Tahun Kerana Melawat Korea Utara

1,641

Bekas pembangun Ethereum, Virgil Griffith dihadapkan hukuman penjara selama 63 bulan dan denda bernilai $100,000 atas kesalahan membantu pentadbiran Korea Utara mengelak daripada sekatan Amerika Syarikat (AS) menggunakan mata wang kripto.

Berikut ialah rincian dan garis masa jenayah yang dilakukan Griffith:

  • Individu ini telah menghadiri program bicara mata wang kripto di Pyongyang pada April 2019
  • Pada November, Griffith ditahan atas dua tuduhan:
    • Melakukan konspirasi untuk melanggar Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa
    • Mengajar Korea Utara cara menggunakan mata wang kripto untuk mengelak sekatan AS
  • Rupanya Griffith tidak mendapat kebenaran kerajaan AS untuk melawat Pyongyang kerana memiliki pengetahuan teknikal yang tinggi dalam kripto dan dilihat ada potensi untuk membantu negara komunis itu.
  • Griffith mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi dalam perjanjian pengakuan bersama pendakwa raya persekutuan.
  • Hukuman penjara diturunkan kepada 63 hingga 78 bulan (sekitar 5-6 tahun) walaupun maksimum hukumannya sehingga 20 tahun.
  • Menurut hakim yang menguruskan kes tersebut, Griffith mahu menjadi “crypto hero”, disanjung ramai atas keberanian dan keluhurannya dalam berkongsi ilmu kripto di Korea Utara: “Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk dapat perhatian,”
  • Griffith juga memiliki dua gangguan personaliti berdasarkan ujian di dalam penjara, Narcissistic Personality Disorder (NPD) dan Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD).
  • Dia dicela pihak mahkamah kerana menyokong negara komunis itu dan dilihat pernah memakai pakaian tradisional Korea Utara, berdiri di hadapan papan hitam yang tertulis – “No sanctions!

Sebagai rekod, sejak 2020 lagi negara komunis itu sudah menunjukkan taringnya dalam aktiviti penggodaman dengan rekod kecurian mata wang kripto setakat Januari 2022 sebanyak RM 1.6 bilion!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat