Pembukaan Semula Sempadan Ceriakan Bursa Tempatan

188

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.80 mata pada 1,551.67 daripada penutupan Selasa pada 1,546.87.

Indeks dibuka kukuh 3.45 mata pada 1,550.32.

Ia dibuka melantun dari kerugian 3 hari berturut-turut hasil dorongan sentimen positif ekoran pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia menjelang 1 April.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 249 berbanding 85, manakala 218 kaunter pula tidak berubah, 1,721 tidak didagangkan dan 11 digantung.

Jumlah perolehan pada 116.73 juta unit bernilai RM72.52 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pelabur mungkin mula memberi fokus kepada sektor bertemakan pelancongan dan penerbangan ekoran pengumuman pembukaan semula sempadan negara.

Tambahnya, walau bagaimanapun, masih terdapat sentimen kebimbangan selepas menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang dihimpit isu harga komoditi yang melambung tinggi, namun mungkin wujud aktiviti bargain-hunting pada sektor komoditi tertentu.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 1 sen pada RM8.81, Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd tambah 5 sen pada RM4.35 dan RM6.43 and Petronas Chemicals Group Bhd capai 4 sen pada RM9.74 sementara Press Metal Aluminium Holdings Bhd hilang 13 sen pada RM6.66.

Saham aktif memperlihatkan Capital A Bhd naik 2 sen pada 68.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) maju 2.5 sen pada 96 sen and SMTrack Bhd kukuh 0.5 sen pada 11 sen sementara Ta Win Holdings Bhd and Bumi Armada Bhd kekal pada 13.5 sen dan 42 sen.

Di papan indeks, FBM Emas naik 49.68 mata pada 10,928.01, FBM 70 tambah 112.28 mata pada 12,577.58, FBMT 100 canak 45.94 mata pada 10,639.74, FBM ACE mekar 35.40 mata pada 5,060.34 dan FBM Emas Shariah capai 37.68 mata pada 11,592.44.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengukuh 0.11 mata pada 203.30, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 84.52 mata pada 15,854.89 dan indeks Perladangan mencanak 19.74 mata pada 8,269.91.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat