Pembukaan September Yang Mengecewakan, BTC, ETH, XRP Menjunam!

505

Belum sempat pelabur kripto bergembira, pasaran aset digital itu dilihat kembali dilanda kesuraman semula dengan kejatuhan lebih parah semalam berbanding lonjakan yang berlaku pada Selasa lalu.

Ini disebabkan laporan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) menangguhkan permohonan spot ETC Bitcoin untuk ketujuh-tujuh firma termasuk BlackRock, Invesco, WisdomTree dan lain-lain.

Berita ini menyusuli perkembangan kemenangan tuntutan mahkamah oleh Grayscale Investment ke atas SEC baru-baru ini.

Pengerusi SEC Gary Gensler berterusan mempertahankan penolakan permohonan ETF sebagai langkah untuk perlindungan para pelabur dari sebarang potensi ancaman dalam industri.

Mengundang kebimbangan dalam pasaran kripto, harga Bitcoin telah kembali jatuh di bawah paras $27,000 hingga mencecah $26,000 semula.

Sebelumnya, lonjakan raja kripto itu telah mencapai ketinggian paras $28,000 pada Selasa lalu, tapi nampaknya berakhir suram di penghujung minggu ini.

Ethereum susut di bawah $1,700 semula hingga ke sekitar $1,640, mengurangkan semula keuntungan yang diraih sebelum ini.

XRP alami penurunan agak ketara setelah lonjakan pada Selasa lalu mencapai paras harga $0.55. Harga menjunam hingga sekitar $0.50 semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat