Pembunuh Kashoggi Dapat Pengampunan, Hukuman Mati Dibatalkan

505

Sebelum ini, dunia telah digemparkan dengan pembunuhan kejam seorang wartawan yang dikenali sebagai Jamal Kashoggi. Beliau yang merupakan seorang pengkritik kerajaan dilaporkan terbunuh pada Oktober 2018.

Menurut salah seorang pegawai Turki, beliau yang merupakan seorang pengkritik putera mahkota berusia 59 tahun telah dicekik dan tubuhnya dikerat oleh skuad Saudi yang terdiri dari 15 individu bahkan mayatnya belum ditemui.

Walau bagaimanapun, Riyadh telah menggambarkan pembunuhan itu sebagai operasi “penyangak”, tetapi CIA dan utusan khas PBB telah secara langsung mendakwa bahawa Putera Mohammed terlibat dengan pembunuhan itu, akan tetapi tuduhan tersebut telah dinafikan oleh kerajaan Arab Saudi.

Mahkamah Arab Saudi hari ini membatalkan 5 hukuman mati berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dalam perbicaraan akhir yang melibatkan 8 defendan. 5 daripadanya dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun manakala 3 yang lain bakal dipenjarakan selama 7 hingga 10 tahun.

Keputusan tersebut diambil setelah anak-anak lelaki Khashoggi mengatakan bahawa mereka telah memaafkan para pembunuh tersebut. Namun begitu, tindakan tersebut telah dikecam oleh salah seorang ahli PBB dan mendakwanya sebagai ‘parodi keadilan’.

Pengampunan keluarga tersebut telah berjaya menyelamatkan 5 nyawa daripada dijatuhi hukuman mati gara-gara terlibat dengan pembunuhan wartawan tersebut pada tahun 2018 yang lalu serta dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia setelah 2 pembantu utama putera mahkota dibebaskan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat