Pemegang Saham Terbesar Mahu Zuckerberg Dipecat

1,851

Empat dana awam terbesar yang memegang saham Fcebook Inc pada Rabu mencadangkan pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg sebagai pengerusi susulan beberapa skandal berprofil tinggi.

Mark Zuckerberg sebagai CEO dan juga Pengerusi Facebook Inc didakwa gagal menguruskan beberapa skandal berprofil tinggi dengan baik.

Bendahari dari Illinois, Rhode Island dan Pennsylvania serta pegawai kewangan New York City, Scott Stringer, memfailkan cadangan tersebut di mana kedua-dua mereka adalah pengurus kepada dana pencen di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, cadangan pada awalnya dikemukakan oleh Pengurus Dana Trillium.

Ia turut menggesa lembaga pengarah Facebook untuk menjadikan peranan lembaga pengerusi sebagai satu jawatan yang bebas.

Sebelum ini, cadangan telah dikemukakan pada 2017 tetapi Zuckerberg berjaya mengekalkan posisinya sebagai pengerusi.

Sekurang-kurangnya empat dana awam menyokong resolusi yang dibuat pada 2017. Ini bermakna mesyuarat pemegang saham pada Mei 2019 akan meminta penubuhan lembaga pengerusi seperti yang digunapakai oleh syarikat lain dan bukannya pengerusi tunggal seperti sekarang yang dipegang oleh Zuckerberg.

Komen-komen juga mengatakan kontroversi yang berlaku sejak akhir-akhir ini telah memburukkan reputasi rangkaian media sosial terbesar dunia itu. Antaranya adalah, penggodaman akaun, perkongsian maklumat pengguna yang tidak sah, penyebaran berita palsu dan juga campur-tangan asing dalam pilihanraya di Amerika. -Reuters

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat