Pemegang Saham Utama Ingin Keluar, Apa Reaksi Saham Encorp?

335

Encorp Bhd mempamerkan lonjakan pada awal sesi dagangan hari ini tetapi terdapat khabar angin yang pemegang saham utamanya iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ingin melenyapkan kepentingannya.

Kaunter Encorp menyaksikan lonjakan empat sen kepada 33 sen pada hari ini dengan sebanyak 7.03 juta saham diperdagangkan.

Namun setakat 11.01 pagi, saham itu dilihat pamer penyusutan sekitar 10 sen atau 1.59% kepada 31 sen.

Peningkatan harga saham pemaju tanah selaras dengan kenaikan pada Bursa Malaysia yang dipacu oleh perkembangan politik yang kian positif serta jangkaan pendapatan korporat yang lebih kukuh.

Meneliti kepada kenyatan yang dikeluarkan, terdapat laporan bahawa FELDA ingin mengangkat kaki daripada Encorp dengan harga permintaan sebanyak RM1 sesaham.

Gergasi perladangan itu juga dilaporkan ingin menjual sebahagian saham kepada pengusaha bumiputera yang dapat memberi perubahan keadaan atau situasi terkini.

Berdasarkan pada harga penutupan pada Jumaat lalu sekitar 29 sen, FELDA memiliki aset bernilai RM57.15 juta dengan kadar kepentingan yang dimiliki sebanyak 69.14% dalam Encorp.

Pada Mei 2014, melalui Felda Investment Corp Sdn Bhd, FELDA telah membeli 49.5% saham Encorp dengan berharga RM239.72 juta atau RM1.55 sesaham dari Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.

Dalam pada itu, FELDA telah memperoleh 72.27% saham setelah mengeluarkan sejumlah RM306.11 juta.

Walau bagaimanapun, terdapat penganalisis yang mengatakan bahawa terlalu banyak rintangan untuk penjualan dapat dilakukan dalam masa terdekat ini.

Menilai kepada laporan tahunan, aset utama Encorp adalah Strand Mall dengan bernilai RM164 juta dan Red Carpet Avenue yang bernilai RM136.69 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat