“Memang banyak dah institusi besar failkan spot BTC ETF, tapi bila SEC nak luluskan ni?”
Keterujaan dan FOMO dalam pasaran mata wang kripto tercetus apabila institusi kewangan gergasi Franklin Templeton telah bertindak untuk mendapatkan Bitcoin (BTC) ETF yang semakin diminati ramai.
Namun perlu diingatkan bahawa gembar-gembur dikelilingi ETF tidak akan bertahan lama susulan FOMO akan kian berkurangan berbanding keseronakan awal sebelum ini, di mana ETF mula terdedah apabila BlackRock memfailkan produk itu.
Franklin Templeton yang menyerahkan pemfailan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada 12 September 2023 telah mencadangkan ETF dijaga Coinbase yang digelar Franklin BTC ETF.
Tidak lama selepas pengumuman tersebut, BTC menyaksikan kenaikan ketara daripada $25,000 kepada $26,000 apabila jumlah sosial Franklin Templeton mengalami lonjakan disebabkan perkembangan terbaru dilakukannya.
Suka dimaklumkan institusi kewangan itu yang berpangkalan di San Mateo sudah menjadi pemain mantap dalam produk pelaburan berstruktur seperti dana bersama termasuk ETF.
Oleh demikian, keputusan Franklin Templeton untuk meneruskan BTC ETF didapati tidak mengejutkan ramai orang sangat susulan sektor tradisional perlahan-lahan sudah menerima ETF sebagai salah satu pelaburan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, Franklin Templeton mendedahkan bahawa pelabur tetap memberi reaksi berlebihan apabila berita mengenai pemfailan ETF itu dikeluarkan susulan kenaikan terbaharu dalam volum sosialnya adalah serupa dengan pemfailan BlackRock.