Pasaran menyaksikan pergerakan harga yang bergelora pada sesi New York semalam memberi tumpuan kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Bacaan tahunan indeks harga penggunan (CPI) bagi bulan Julai telah meningkat kepada 3.2% dari paras 3.0% bulan sebelumnya, namun tidak mencapai ramalan 3.3%.
US dolar ketara melemah dahulu sebaik sahaja data diterbitkan, namun setelah pasaran menghadam seketika data tersebut, US dolar kembali mengukuh semula sehingga ke penghujung sesi New York.
Penganalisis melihat kecederungan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan langkah pengetatan polisi berikutan kenaikan semula kadar inflasi buat pertama kali setelah menurun berturut-turut sejak Jun 2022.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-cpi-kejutkan-pelabur
Dapat dilihat kesan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD yang menyaksikan lonjakan awak mencapai ketinggian 1.10650, sedikit melepasi ketinggian minggu lalu pada 1.10400.
Namun, US dolar yang kembali mengukuh membuatkan harga menjunam kembali di bawah paras 1.10000 dan mencecah paras 1.09800 sebelum menutup dagangan di sesi New York sekitar tersebut.
Terjunan harga itu dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang bersambung pada sesi Asia pagi ini.
Harga berlegar perlahan di bawah paras 1.10000 dengan jangkaan penurunan lebih rendah akan diteruskan lagi selepas ini.
Zon 1.09000 dilihat bakal menjadi tumpuan untuk dituju yang masih menjadi zon sokongan harga sebelum ini.
Tembus zon tersebut akan menjangkakan penurunan menuju ke sekitar 1.08000 untuk catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Namun waspada sekiranya berlaku lonjakan semula pada penutup sesi-sesi akhir minggu ini, harga boleh meningkat semula di atas paras 1.10000 dan menuju ke paras ketinggian dicapai pada lonjakan semalam.
Jika naik lebih tinggi melepasi paras tersebut akan menjadi isyarat bullish bagi harga dengan sasaran akan terarah pula pada ketinggian 1.11400.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG