Penantian Pasaran Terhadap Ucapan Janet Yellen Memberi Peluang Kepada Emas Untuk Bangkit!

68

Harga emas melonjak sedikit sementara menunggu ucapan Pengerusi Fed bagi gambaran yang lebih jelas mengenai prospek kenaikan kadar tahun ini.

Emas bagi penghantaran April meningkat sebanyak 0.14 peratus, manakala silver futures meningkat sebanyak 0.12 peratus. Dalam masa yang sama, copper juga meningkat sebanyak 0.25 peratus disamping kebimbangan yang kekal berterusan terhadap isu rusuhan di lombong Escondida yang juga merupakan lombong copper terbesar di dunia.

Kadar inflasi China juga berkembang dengan amat pesat kepada 2.5 peratus pada bulan Januari berbanding setahun yang lalu, sekali gus mencatat nilai tertinggi sejak Mei 2014.

Semalam, harga emas menyusut berikutan tindakan Presiden AS baru-baru ini yang memberi kelegaan kepada pelabur terhadap ketidaktentuan dasar di bawah pentadbiran beliau.

Fokus pasaran buat masa ini adalah ucapan dari Janet Yellen yang akan dipantau rapi bagi sebarang isyarat mengenai kenaikan kadar pada masa akan datang.

Ini Yang Haruhiko Kuroda Mahukan Buat Ekonomi Jepun!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat