Penasihat Ekonomi White House Ini Menyatakan Pujian Buat Fed

59

Penasihat ekonomi White House, Gary Cohn berkata sebelum ini bahawa Fed telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai jangkaan kenaikan kadar yang berpotensi menyaksikan peningkatan pada minggu ini disamping mengatakan bahawa pentadbiran Trump akan menghormati apa jua pendirian Fed.

Cohn yang bertindak sebagai Pengarah Majlis Ekonomi Negara memberitahu Fox News bahawa pentadbiran Trump akan terus berusaha untuk mengurangkan sebarang halangan di dalam sektor pekerjaan.

Menurut Cohn lagi, Fed merupakan sebuah agensi bebas dan tidak bergantung kepada mana-mana faktor untuk menetapkan sebarang keputusan. Fed akan bertindak berdasarkan data ekonomi disamping meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan menjana inflasi.

Justeru, beliau mengatakan bahawa pasaran perlu menghormati keputusan Fed kerana mereka bertindak mengikut keadaan semasa dan sempat menyelitkan pujian bahawa Fed telah melakukan tugas dengan baik.

Minggu Ini Merupakan Minggu yang Penting Buat Bank of Japan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat