Minggu Ini Merupakan Minggu yang Penting Buat Bank of Japan!

36

Bank of Japan dijangka akan mengekalkan dasar monetari pada tahap yang stabil pada Khamis dan menegaskan bahawa data inflasi masih belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Kebanyakan pegawai BoJ mengatakan bahawa mereka lebih yakin terhadap prospek pemulihan ekonomi memandangkan eksport dan pengeluaran perkilangan semakin meningkat.

Namun begitu, mereka masih kekal bimbang terhadap data harga pengguna dan pertumbuhan dalam beberapa sektor yang dikatakan gagal merangsang inflasi.

Beberapa syarikat juga dilaporkan masih berhati-hati dalam menaikkan harga barangan disebabkan perbelanjaan pengguna yang lemah.

Pada kajian kadar terkini yang akan berakhir Khamis ini, BoJ dijangka akan mengekalkan sasaran kadar faedah jangka pendek pada bacaan negatif 0.1 peratus.

Pada bulan Januari, data harga pengguna teras meningkat buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun. Justeru, ramai penganalisis menjangkakan bahawa inflasi akan menghampiri paras 1 peratus pada akhir tahun ini berikutan pemulihan kos minyak mentah dan kenaikan harga import disebabkan kelemahan Yen.

Peningkatan Pelantar Minyak di AS Sekali Lagi Mengganggu Ketenangan Pasaran Minyak Mentah Global!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat