Pendapat Terkini Ahli The Fed Dalam Prospek Kenaikan Kadar Faedah

30

Rizab Persekutuan US (Federal Reserve) kini telah mencapai sasarannya dalam pasaran pekerjaan US dan semakin hampir dengan sasaran inflasi dua peratus walaupun ada beberapa data ekonomi yang masih lemah. Oleh itu, ia perlu menaikkan kadarnya, kata presiden Fed cawangan Cleveland Loretta Mester.

Risiko kini semakin seimbang dan bank pusat sepatutnya tidak menangguhkan pengetatan polisi sehingga mencapai kedua-dua mandat tersebut.

Bank pusat US ini dijangka akan menaikkan kadarnya pada Jun dan seterusnya pada akhir tahun ini. The Fed telah menaikkan kadarnya sebanyak dua kali sejak hampir 10 tahun lepas.

Mester juga mengulangi pendiriannya yang akan menyokong proses pengurangan pegangan aset oleh The Fed sebanyak USD4.5 trillion.

Seorang lagi Presiden Fed berucap hari ini ialah James Bullard. Katanya, permintaan berterusan kepada aset selamat dengan pertumbuhan lemah dalam pasaran pekerjaan US akan mengurangkan potensi kenaikan kadar bank pusat di masa hadapan. Ini bermaksud The Fed tidak perlu meneruskan kenaikan kadarnya seperti yang dirancang.

“Kadar faedah semulajadi (natural rate of interest) masih rendah dan tidak akan berubah dengan banyak,” kata Bullard. Dengan kadar pengangguran rendah dan inflasi yang semakin menghampiri sasaran, The Fed katanya boleh mencapai sasaran dengan kadar faedah antara 0.75%-1.00%.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat