Pendapat Terkini Presiden Federal Reserve US, Fed Brainard Dan Fed Kaplan

50

Presiden Fed Robert Kaplan berkata, dengan kemajuan menuju sasaran kestabilan harga dan gunatenaga-penuh, bank pusat perlu menaikkan kadar faedah dan mula mengurangkan penyata imbangan sebelum akhir tahun ini.

Namun, Kaplan berkata belum masanya untuk meraikan kemenangan terhadap inflasi, khususnya dengan bacaan yang kurang memuaskan pada Mac dan April.

Kaplan mengulangi pendiriannya bahawa membiarkan kadar faedah di paras rendah dalam masa yang lama adalah berisiko di mana kadar pengangguran April 4.4% hampir dengan gunatenga-penuh. Beliau masih berpendirian tiga kali kenaikan kadar tahun ini adalah bersesuaian.

Gabenor Fed AS, Lael Brainard berkata pada Isnin bahawa pasaran masih lagi berteka-teki sama ada ekonomi Amerika Syarikat benar-benar telah mencapai guna tenaga penuh atau masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam pasaran berkenaan.

Kadar pengangguran 4.4 peratus dianggap rendah bagi sesebuah ekonomi. Justeru, kebanyakan pegawai menyamakan keadaan ini dengan guna tenaga penuh. Walaupun begitu, keadaan ini tidak diterjemahkan kepada kenaikan inflasi, sekali gus menunjukkan bahawa masih terdapat pelbagai ruang untuk penambahbaikan di dalam pasaran pekerjaan.

Menurut Brainard, masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa pasaran buruh telah kembali pulih daripada kemelesetan walaupun terdapat momentum menaik dari pasaran tersebut baru-baru ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat