Pendirian BOJ Terhadap Dasar Monetari Dijangka Tidak Berubah

194

Bank of Japan (BOJ) dijangka akan mengekalkan pendiriannya terhadap dasar monetari pada mesyuarat polisi pada minggu depan dan menawarkan pandangan positif terhadap prospek ekonomi, yang menunjukkan mereka telah mengambil langkah mencukupi untuk saat ini untuk mengatasi impak coronavirus.

Bank pusat itu dijangka akan menghentikan langkah untuk meningkatkan rangsangan dan mengekalkan kadar faedah setelah menurunkannya pada Mac dan April lalu.

BOJ mungkin menurunkan sedikit unjuran pertumbuhannya untuk tahun ini hingga suku pertama pada 2021, tetapi tetap berpegang pada pandangannya bahawa Jepun sedang menuju ke arah pemulihan sederhana menjelang akhir tahun ini.

Pada April lalu, BOJ mengunjurkan ekonominya untuk menguncup sebanyak 3.05 sehingga 5.0% pada tahun fiskal.

Peningkatan pinjaman bank dan pasaran yang stabil baru-baru ini sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada bank pusat, walaupun negara itu juga berdepan dengan risiko kemelesetan.

Walaupun eksport dan penggunaan tetap lemah, pembuat dasar berharap peningkatan pembelian aset, kemudahan pinjaman untuk firma yang terjejas serta mengangkat sekatan dapat membantu pemulihan dalam ekonomi.

Bagaimanapun, BOJ mungkin lebih berhati-hati dalam memberi pandangannya terhadap prospek ekonomi memandangkan peningkatan kes jangkitan coronavirus di negara itu masih menimbulkan kebimbangan.

Terbaru, Tokyo telah melaporkan sebanyak 243 kes baru pada hari ini iaitu lebih tinggi daripada angka kes yang dicatatkan pada Khamis sebanyak 224. Bagaimanapun, tiada langkah susulan seperti pengisytiharan darurat diambil oleh Jepun kerana situasi tersebut dilihat masih di bawah kawalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat