Penduduk Bandar Zermatt Switzerland Boleh Bayar Cukai Guna Bitcoin!

213

Bandar Zermatt yang terletak di Switzerland menjadi lokasi kedua yang menerima bitcoin dalam transaksi pembayaran cukai. Oleh itu, pihak berkuasa bandar berkenaan telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan kewangan kripto terkemuka negara berkenaan, Bitcoin Suisse.

Melalui usahasama berkenaan, penduduk tempatan bandar berkenaan boleh membayar cukai melalui sebuah alat khas yang dipasang di dewan perbandaran Zermatt atau portal pembayaran atas talian. Walau bagaimanapun, untuk membayar cukai secara atas talian dengan menggunakan Bitcoin, para pembayar cukai perlu membuat permohonan ke Pejabat Cukai Zermatt bagi melangsaikan pembayaran kripto.

Menurut Datuk Bandar Zermatt, Romy Biner-Hauser kemudahan tersebut disediakan bertujuan untuk memenuhi permintaan terhadap pembayaran cukai berasaskan Bitcoin yang semakin meningkat.

Sebelum ini, bandar Zug adalah lokasi pertama di Switzerland yang menerima Bitcoin dalam transaksi mereka pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, bandar tersebut telah dikenali sebagai ‘Crypto Valley’.

Oleh yang demikian, Switzerland semakin memperluaskan lagi perkhidmatan matawang kriptonya dari segi pembayaran cukai dengan menggunakan Bitcoin walaupun segelintir pihak menyatakan kembimbangan mereka gara-gara harga Bitcoin yang tidak menentu.

Uniknya, bukan bandar di Switzerland sahaja yang berbuat demikian! Wilayah New Hampshire, Amerika Syarikat turut menerima Bitcoin sebagai pembayaran cukai mereka. Namun, pihak berkuasa wilayah berkenaan telah menarik rang undang-undang berkenaan akibat ketidakstabilan Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat