Hanya di El Salvador, sekumpulan penentang Bitcoin dan ribuan yang memprotes polisi yang diperkenalkan oleh presidennya, Nayib Bukele telah bertindak kasar dengan membakar kiosk Chivo yang menempatkan ATM Bitcoin (BTC) yang terletak di ibu negara, San Salvador.
La mueblería que se encontraba en el kiosko Chivo de la Plaza Gerardo Barrios, fue sacada y quemada por los manifestantes.
Vía @Luis33Tv #Teleprensa33 #Nacionales pic.twitter.com/MTuADI2s5n
— Teleprensa (@Teleprensa33) September 15, 2021
Penempatan mesin ATM Bitcoin merupakan usaha kerajaan negara itu untuk menggalakkan penggunaan matawang kripto yang diasaskan oleh Satoshi Nakamoto sejak aset itu menjadi tender sah.
Bagaimanapun kemudahan tersebut telah berhadapan dengan perlakuan vandalisme oleh mereka yang anti BTC dengan contengan atau tanda “Demokrasi Bukan Untuk Dijual”, “Tidak Kepada Bitcoin”, “Tidak Kepada Penyelewengan Wang”, dan “Penentangan Dan Pemberontakan Terhadap Rejim Bukele”.
Lebih melampaui batas, kumpulan protes itu turut membakar beberapa mesin ATM Bitcoin, termasuk beberapa kedai di Plaza Gerardo Barrios.
Setakat ini, masih belum dikenalpasti jumlah sebenar mesin ATM yang telah dirosakkan.
Sebenarnya sebelum ini, penduduk El Salvador telah mengadakan protes secara beramai-ramai pada 23 Julai, menyuarakan penolakan Bitcoin sebagai matawang sah negara, termasuk mendesak kerajaan untuk menggugurkan Bitcoin Law.
Ketika penulisan, BTC didagangkan pada harga $47,874, susut hampir 1% dalam 24 jam.