El Salvador Rasmi Menggunakan Bitcoin, Beli 200 BTC Terawal

2,108

Presiden El Salvador, Nayib Bukele menerusi twitnya semalam mendedahkan kerajaan telah membuat pembelian pertama 200 Bitcoin (BTC) sebelum Bitcoin Law berkuat-kuasa pada hari ini.

Bukele juga yakin bahawa akan lebih banyak broker membeli BTC menjelang tarikh rasmi Bitcoin Law sebagai undang-undang sah di El Salvador.

Pembelian 200 BTC merupakan sebahagian daripada dana Bitcoin terbaharu bernilai $150 juta yang diluluskan oleh Kongres pada minggu lepas, bertujuan untuk memudahkan penukaran BTC kepada dolar AS menjelang pelaksanaan Bitcoin Law.

Komuniti pengguna media sosial seperti Twitter dan Reddit dilihat teruja dengan era baharu di El Salvador, menyeru orang ramai untuk membeli sejumlah kecil Bitcoin sebagai tanda sokongan usaha Bukele menjadikan bitcoin sebagai tender sah.

Ketiga-tiga dorongan utama ini sedikit sebanyak telah mencetuskan peningkatan harga Bitcoin. Dalam tempoh 24 jam, BTC mencatatkan sedikit lonjakan, lebih 1% dengan nilai dagangan mencecah $52,556.

Keputusan El Salvador menjadikan bitcoin sebagai tender sah tidak menerima sambutan yang menggembirakan dengan tentangan daripada pelbagai pihak termasuk: International Monetary Fund, World Bank, dan majoriti penduduknya sendiri.

Mungkin disebabkan itu, pada 23 Ogos Bukele mengesahkan bahawa penggunaan Bitcoin sebagai tender sah bukan satu mandatori.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat