Penetapan Kadar Faedah Oleh BOE Dijangka Kekal?

472

Bank pusat England (BOE) dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada minggu ini berikutan teradapat pusingan balik dalam unjuran ekonomi, dimana bank pusat terpaksa sedikit bersusah payah untuk mengyakinkan pelabur bahawa mereka tidak akan menaikkan kos pinjaman pada tahun ini.

Data ekonomi lemah yang tidak dijangka dan kenyataan waspada oleh Mark Carney. Sejak beliau di BOE pada tahun 2013, Carney telah memberi beberapa kali tanda bahawa kadar faedah akan dinaikkan kecuali terdapat data ekonomi yang menyimpang dari sasaran.

Prospek ekonomi Britain dan pemisahan Britain daripada EU juga masih belum jelas.

Antara cabaran terbesar ialah untuk mengekalkan kenaikan kadar faedah pada tahun ini sebagaimana yang dipercayai pelabur.

Matawang sterling jatuh ke paras terendah sejak Januari berbanding US dolar pada hari Jumaat berikutan pasaran bergelut dengan prospek pertumbuhan ekonomi dan kadar faedah.

BOE telah menaikkan kadar faedah buat pertama kali dalam lebih 1 dekad pada bulan November dan Februari, dan dikatakan bahawa mereka mungkin terpaksa menaikkan lebih cepat daripada apa yang pasaran jangkakan.

Namun sejak bulan lepas data-data memberi kesangsian. Inflasi jatuh lebih pantas daripada apa yang dijangka BOE, ekonomi bertumbuh dengan kadar yang terperlahan dalam 5 tahun pada tahun 2018.

GBP/USD kini berada pada paras 1.564 iaitu dalam posisi mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat