Pengakhiran Tahun Yang Okay, Bursa Pandang Prospek 2023

643

Hari dagangan terakhir Bursa Malaysia 2022 dibuka sederhana, condong ke arah kenaikan selepas menjejaki Wall Street dan rangsangan berterusan aktiviti window-dressing.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.3 mata pada 1,491.93 sebelum naik 4.2 mata pada 1,495.83 berbanding penutupan Khamis pada 1,491.63.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 226 atasi kerugian pada 138, manakala 240 kaunter pula tidak berubah, 1,651 tidak didagangkan dan 49 digantung.

Jumlah perolehan pada 179.51 juta unit bernilai RM102.07 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, lantunan positif Wall Street tampak melimpah ke pasaran tempatan dengan saham perbankan, kesihatan, telekomunikasi dan permainan dijangka jadi pilihan.

Turut tidak ketinggalan saham bertemakan logistik, pelancongan, pengguna dan penerbangan disebabkan oleh pembukaan semula sempadan China.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals Group Bhd naik 9 sen pada RM8.62, Hong Leong Bank Bhd kumpul 18 sen pada RM20.72 sementara Public Bank Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, Digi.Com Bhd, RHB Bank Bhd dan Telekom Malaysia Bhd tambah 3 sen pada RM4.38, RM5.83, RM3.98, RM5.78 dan RM5.33.

Saham aktif memperlihatkan Infoline Tec Group Bhd naik 3.5 sen pada 93 sen sementara Vinvest Capital Holdings Bhd kekal pada 19.5 sen dan Berjaya Corp Bhd mendatar pada 29 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas tambah 26.7 mata pada 10,707.9, indeks FBMT 100 lonjak 27.92 mata pada 10,428.5, indeks FBM Emas Shariah kumpul 12 mata pada 10,896.4 dan indeks FBM 70 canak 28.8 mata pada 13,053.23 sementara indeks FBM ACE turun 11.83 mata pada 5,334.38.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 67.75 mata pada 16,604.46, indeks Perladangan tambah 15.01 mata pada 7,062.93, indeks Produk serta Perkhidmatan canak 0.48 mata pada 181.71 dan indeks Tenaga raih 2.41 mata pada 776.72.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat