Penganalisis Kekal Saranan Beli Untuk Mr DIY

538

AmInvestment Bank Research mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Mr DIY Group (M) Bhd dan mengubah harga sasarannya kepada RM4.48 berbanding RM3.80 selepas meramalkan syarikat itu akan mendapat keuntungan daripada kemungkinan penyenaraian dalam Bursa Malaysia.

Firma penyelidikan menerusi notanya berkata, nilai saksama saham Mr DIY berdasarkan harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 38 kali daripada pendapatan per saham (EPS) tahun kewangan 2023 (FY23).

AmInvestment turut optimis dengan prospek pendapatan Mr DIY pada masa hadapan, memandangkan margin keuntungan kasar sebanyak 43%, pengembangan ke kawasan luar bandar, tempoh pulangan modal yang cepat iaitu kurang daripada dua tahun dan jangkaan kejayaan format ‘multi-store’.

“Kelonggaran daripada sekatan perjalanan juga akan meningkatkan bilangan pelanggan dan nilai transaksi barangan alat tulis dan peralatan sukan,” kata firma terbabit.

AmInvestment juga mengekalkan unjuran pertumbuhan jualan sebanyak 52% bagi tahun kewangan 2021 (FY21).

“Situasi itu dijangka disokong oleh pembukaan 100 cawangan Mr DIY, 25 cawangan Mr Toy dan 50 cawangan Mr Dollar pada FY21. Setakat ini, Mr Toy telah menunjukkan peningkatan jualan, mengalami kenaikan sebanyak 33% tahun ke tahun kepada RM40 menjelang akhir tahun 2020,” ujarnya.

AmInvestment juga positif terhadap hasrat syarikat berkenaan untuk membuka sebilangan besar cawangan di kawasan terpencil kerana menyumbang perolehan pendapatan sebanyak 15-20% lebih tinggi berbanding cawangan di kawasan bandar.

Sementara itu, firma tersebut percaya suku pertama tahun kewangan 2021 (1QFY21) tidak akan terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana lebih daripada 95% cawangan kekal dibuka.

AmInvestment percaya perolehan yang lebih kukuh daripada segmen alat tulis dan peralatan sukan berikutan kelonggaran sekatan PKP secara beransur-ansur dan pembukaan semula sesi persekolahan.

“Segmen ini menghasilkan margin untung kasar kedua tertinggi kira-kira 46%. Kami menjangkakan segmen itu akan kembali ke tahap pra-pandemik iaitu pendapatan sebanyak 10% selepas jatuh kira-kira 7% pada tahun kewangan 2020 (FY20),” jelas firma itu.

Pada pukul 12.29, saham Mr DIY turun dua sen kepada RM4.19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat