Ada apa-apa kejutan yang berlaku pada pergerakan di carta pasangan mata wang GBP/JPY hari ini?
Laporan data pekerjaan UK diterbitkan di awal sesi Eropah hari ini menjadi tumpuan pelabur yang sedang memerhati pergerakan bagi mata wang Pound.
Bacaan komponen dalam laporan agak bercampur dengan indeks purata pendapatan 3 bulan meningkat kepada 8.5% daripada 8.4% sebelum ini, mengatasi ramalan untuk turun kepada 8.2%.
Namun, kadar pengangguran meningkat kepada 4.3% daripada 4.2% yang menepati ramalan.
Di awal laporan diterbitkan, Pound dilihat tidak menunjukkan reaksi yang ketara dengan hanya mendatar perlahan.
Berkemungkinan pelabur akan menantikan pula data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan pada Rabu untuk menilai kedua-dua bacaan ini bagi mendapatkan gambaran menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada minggu hadapan.
Tiada pergerakan signifikan pada carta GBP/JPY di awal sesi Eropah yang masih menunjukkan tempo perlahan namun telah meningkat sejak awal sesi Asia.
Jika diperhatikan pergerakan semalam, harga telah ditekan rendah ke paras 182.700 selain faktor pengukuhan Yen pada pembukaan awal minggu berikutan jangkaan awal perubahan pada dasar monetari bank pusat Jepun (BOJ).
Namun harga sedikit pulih membuat kenaikan hari ini dan dilihat cuba untuk mengatasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY yang boleh memberi isyarat penting terhadap arah harga.
Sekiranya harga berjaya tembus MA50 dan bergerak lebih tinggi, kenaikan harga akan menguji paras rintangan pada Jumaat lalu sekitar 184.400 sebelum menuju pula ke paras tumpuan 185.00.
Sebaliknya, jika harga dihenjut jatuh ke bawah semula, paras dicecah semalam akan cuba di atasi untuk harga menyambung kembali pergerakan trend bearish.
Penurunan yang dilanjutkan akan menjangkakan harga mencecah hingga paras tumpuan berikutnya pada 182.00.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG