Pengarah Syarikat Termuda Malaysia Letak Jawatan!

53,177

‘Biasalah jiwa muda mana biasa duduk dekat office ja mesti nak cari cabaran.’

Pengarah bebas dan bukan eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd, Noor Azri Noor Azerai mengesahkan peletakan jawatannya bagi memberi fokus kepada matlamat peribadi.

Peletakan jawatan tersebut telah difailkan kepada Bursa Malaysia semalam, dan menyaksikan beliau menjadi antara pengarah syarikat termuda yang menjawat jawatan serta meletakkan jawatan dalam negara.

Sebagai rekod, Noor Azri menyertai ahli lembaga Serba Dinamik pada 25 November 2021 selepas pengerusi Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed dan pengarah bebas Johan Mohamed Ishak meletak jawatan.

Umumnya, Serba Dinamik dipalit kontroversi audit bersama juruaudit luar KPMG yang menyaksikan syarikat dikenakan status Practice Note 17 pada Januari awal tahun ini.

Ketika waktu itu KPMG mendapati terdapat urus niaga yang tidak direkodkan bernilai RM4.54 bilion kepada pengarah bebas syarikat tersebut sehingga membawa pertikaian mahkamah.

Rentetan daripada isu tersebut juga, Datuk Seri Azerai Ahmad yang merupakan bapa kepada Noor Azri telah melantik anak muda berusia 23 tahun itu sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat.

Suka juga dimaklumkan bahawa Noor Azri turut memegang jawatan sama dalam syarikat lain seperti Malaysian Genomics Resource Centre Bhd, Bintai Kinden Corp Bhd dan Sarawak Consolidated Industries Bhd.

Dalam pada itu, setakat penulisan ini saham Serba Dinamik didagangkan mendatar 2 sen dengan permodalan syarikat sebanyak RM77.65 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat