Pengaruh George W. Bush Kukuhkan Kedudukan Biden Untuk Tewaskan Trump

315

Nampaknya kedudukan calon presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semakin kukuh apabila sekumpulan alumni pentadbiran George W. Bush dan pegawai rasmi kempen telah berkumpul dan menunjukkan sokongan terhadap beliau.

Dinamakan sebagai ’43 Alumni for Biden’, ditubuhkan pada Rabu, bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin penyokong Republik yang kecewa dengan kepincangan negara hasil pentadbiran Donald Trump.

Karen Kirksey yang pernah berkhidmat semasa pemilihan Bush pada 2000 berkata, sokongan tersebut tidak sepenuhnya mendukung agenda politik Biden.

Sebaliknya, mereka berusaha untuk mewujudkan kesatuan dan keharmonian negara itu. 4 tahun pentadbiran Trump, penduduk AS telah menyaksikan keruntuhan parti republik yang dulunya mengamalkan kebebasan, demokratik dan keadilan.

Justeru, melalui sokongan terhadap Biden mereka berharap timbalan presiden itu mendorong kestabilan negara, mengembalikan kehormatan serta integriti AS yang tercemar.

Antara kumpulan lain yang menyokong Biden termasuklah ‘Republican Voters Against Trump’, melancarkan iklan kempen bernilai $10 juta, menyasarkan penyokong GOP (Grand Old Party) dikenali sebagai Parti Demokratik-Republik dengan mengajak mereka menyokong Biden.

Manakala ‘Right Side Pac’ pula bertujuan meyakinkan pengundi dari Arizona, Florida, Michigan, North Carolina, Pennsylvania dan Wisconsin. ‘Never Trump’ Republican menerusi Lincoln Project pada hujung 2019 telah melancarkan iklan negatif hingga menimbulkan kemarahan Trump.

Dilaporkan ’43 Alumni for Biden’ terdiri daripada 200 pegawai rasmi, barisan setiausaha kabinet yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran George W. Bush serta mereka yang terlibat bagi kedua-dua kempen – Republik, Demokrat dan Bebas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat