Pengasas ByteDance Sah Letak Jawatan!

573

Zhang Yiming, pengasas ByteDance, syarikat teknologi yang terkenal dengan penghasilan aplikasi TikTok (atau Douyin di China) sah telah meletak jawatannya.

Ini mengesahkan pengumunan peletakan jawatannya sebagai ketua eksekutif pada Mei lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh China Late Post, Zhang yang mempunyai anggaran kekayaan sebanyak $44.5 billion hasil dari usahanya dalam syarikat aplikasi yang telah dicipta hampir sedekad lalu memutuskan untuk melepaskan jawatanya kerana beliau merasakan kesukaran untuk mencapai hajat yang dimahukannya dalam bidang peluang strategik dan tanggungjawab social.

Menurut satu sumber yang tidak mahu dikenali, kedudukan beliau akan diganti oleh CEO Liang Rubo sebagai salah seorang daripada lima ahli lembaga syarikat yang turut diwakili oleh seorang pelabur dari Susquehanna International Group dan Sequoia Capital China. Tambahnya lagi, bilionair berusia 38 tahun itu masih akan terlibat dalam perancangan strategi jangka panjang untuk syarikat teknologi China itu.

Wakil ByteDance dan TikTok lain enggan mengulas mengenai perkara itu.

Syarikat startup yang paling bernilai di dunia itu sedang mengalami transformasi besar-besaran dan bersedia untuk melakukan anjakan yang besar dalam pemasaran perisisan selepas hampir setahun Beijing mengenakan tindakan keras terhadap pengguna internet.

Di dalam memo yang dikeluarkan oleh ByteDance pada Seleasa ada menyatakan Shouzi Chew turut meletak jawatan sebagai ketua pegawai kewangan syarikat bertujuan untuk memberi fokus kepada produk hit mereka TikTok sebagai sebahagian penyusunan semula syarikat.

Menurut sumber dari Bloomberg, ByteDance telah memulakan langkah awal dengan menyenaraikan aset domestik mereka. Akibat perubahan kawal selia oleh China, syarikat Zhang perlu lebih berhati-hati sebelum tawaran awal permulaan (IPO) Didi Global Inc. di New York yang mencetus tindak balas ke atas Beijing.

Bagaimanapun, syarikat itu berulang kali menyatakan ketidaksediaan mereka untuk tawaran awam permulaan.

Pengasas teknologi lain di China dilihat turut sama mengundur diri dari syarikat penciptaan mereka. Antaranya, Su Hua pengasas Kuaishou Technology yang menyerahkan jawatannya kepada rakan pengasas bersama Cheng Yixiao, manakala JD.com Inc menamakan pengerusi baru selepas Richard Liu akan mengetuai rancangan strategik jangka panjang dan Colin Huang turut melakukan perkara yang sama dengan melepaskan kedua-dua jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengerusi Pindoudou Inc.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat