Pengasas Cardano (ADA) ‘Pujuk’ Elon Musk Bangunkan Platform Media Sosial Bersama

843

Hasrat pengasas Tesla, Elon Musk untuk membeli Twitter masih menjadi perbualan hangat, lagi-lagi rupanya ramai yang kurang senang dengan pendedahan jutawan dunia itu.

Selain menerima kritikan daripada pengasas bersama Dogecoin (Doge), Jackson Palmer, tawaran Musk juga telah ditolak oleh salah seorang pemegang saham terbesar Twitter, putera Arab Saudi, Al Waleed bin Talal Al Saud.

Ketika lambakan kritikan menekan figura ini, pengasas Cardano tampil menjadi knight in shining armor.

Melalui kicauannya pada hari ini, Charles Hoskinson memetik nama Musk, mengajak pemilik SpaceX untuk bekerjasama hasilkan platform media sosial desentralisasi:

Sebenarnya figura ini mahu membeli Twitter untuk menjadikan platform itu sebagai sebuah ruang media sosial bebas kawalan, di mana pengguna bebas untuk berkongsi pendapat.

Tidak ramai yang menyedari tawaran Musk benar-benar menjadi fenomena sejak malam tadi.

Jika benarlah hasrat jutawan ini dapat direalisasikan di Cardano, boleh jadi ADA akan menjadi token untuk platform desentralisasi itu, selain Dogecoin (DOGE).

Pada masa yang sama, komuniti Bitcoin (BTC) dijangka akan beralih daripada Twitter kepada platform yang dibangunkan hasil gabungan Musk dan Hoskinson.

Untuk pengetahuan, mata wang kripto Shiba Inu (SHIB) dan DOGE menunjukkan peningkatan harga susulan daripada pengumuman malam tadi.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.15, meningkat lebih 4% dalam 24 jam, dan SHIB pula mencatatkan peningkatan lebih 2% pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat