Pengasas DOGE Tak Mahu Khianat Komuniti Dogecoin, Tepis Sogokan $14 Juta

332

Billy Markus, pengasas bersama Dogecoin telah dipuji oleh pengguna Twitter dengan akaun nama Vee, kerana menolak tawaran lumayan anggaran $14 juta untuk mengkhianati komuniti DOGE dengan mempromosikan projek Dogechain.

Billy ditawarkan sebanyak 10 bilion DC daripada Dogechain bagi mempromosikan projek mereka dengan anggaran tukaran nilai semasa berjumlah $14 juta.

Vee mengatakan influencer Dogecoin lain pastinya akan mengkhianati komuniti kepada sesiapa sahaja bagi membuat keuntungan cepat untuk membeli rumah, kereta, kapal dan lain-lain namun tidak pada Billy walaupun beliau sendiri dikatakan tidak mampu membeli rumah untuk dirinya sendiri.

Menurut Billy, sukar untuk melindungi komuniti DOGE kerana kebanyakan individu mempunyai fikiran tersendiri serta bebas membuat keputusan sendiri termasuklah terlalu menumpukan dalam membuat wang yang banyak sehingga mengkhianati keseluruhan projek.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan memaksa orang ramai untuk membeli DOGE kerana seseorang individu haruslah mendapatkan pemahaman asas tentang apa yang ingin dilakukannya sebelum membuat sebarang pelaburan.

Walaupun sukar bagi Marcus meyakinkan kebanyakan influencer untuk tidak mengkhianati masyarakat demi mendapatkan keuntungan murah, beliau sentiasa komited dalam melindungi komuniti daripada penipuan.

Misalnya, pada awal tahun ini Marcus telah memberi amaran untuk menyaman YouTuber kripto terkenal Matt Wallace kerana merancang menyalahgunakan tanda dagangan DOGE bagi kepentingan sendiri.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat