Pengasas $TRON, Justin Sun Nak Teman Jeff Bezos Ke Angkasa?

503

Ada yang berminat nak naik kapal angkasa sekali dengan Justin Sun tak?

Perintis mata wang kripto Justin Sun akan terbang ke angkasa dengan kapal ‘Blue Origin’ milik jutawan Jeff Bezos pada tahun depan dan turut mengajak 5 anak kapal lain.

Pengasas platform blockchain TRON tersebut mendedahkan dirinya sebagai seorang pembida tanpa nama yang telah membayar US$28 juta dalam lelongan tempat duduk bagi menyertai Bezos dalam misi kru pertama Blue Origin pada Julai akan datang.

Justin Sun menyatakan 5 anak kapal yang akan mengikutinya dalam ‘pergembaraan angkasanya’ adalah sorang ahli komuniti TRON DAO, pemegang jangka panjang mata wang kripto tertentu dan pemimpin lain dari sektor fesyen, teknologi dan keusahawanan.

Terdahulu, jutawan Jepun Yusaku Maezawa telah melakukan ‘pengembaraan angkasa’ selama 12 hari melalui usaha kembara angkasa lepas komersial yang diasaskan oleh jutawan seperti Bezos, Richard Branson dan Elon Musk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat