Pengasas Tron (TRX) Nyaris Junamkan Ethereum (ETH) Ke Paras Bawah $1,500!

3,309

Sejak awal Mei, Ethereum (ETH) mencatatkan pergerakan yang positif sehingga berada di paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 12 Mei, $4,362.

Bagaimanapun, ekoran daripada penyusutan harga Bitcoin (BTC), ETH secara tidak langsung menerima impak yang tidak dijangka, cecah di bawah $2,000 pada malam tadi.

Lebih mengeruhkan, sentimen negatif ini juga didorong oleh sejumlah besar ETH yang dimiliki CEO Tron Foundation, Justin Sun yang hampir dicairkan tengah malam tadi.

Berdasarkan ciapan Twitter pemilik akaun Philippe Castonguay mendedahkan sebanyak 606,000 ETH (lebih $1 bilion) milik Sun hampir dicairkan tetapi tidak berlaku.

Rupanya Sun sekadar mengimbangi semula asetnya dengan membayar hutang bagi pinjamannya bernilai $300 juta kepada protokol pinjaman, Liquity USD (LUSD).

Jika berlaku liquidity seperti disangka, tidak mustahil harga ETH berpotensi untuk susut mencecah $1,500 atau $1,000.

Bagaimanapun, Castonguay menjelaskan mekanisme liquidation protokol tersebut sebenarnya boleh menghalang penyusutan harga ETH kerana Liquity beroperasi dengan entiti yang dikenali sebagai penyedia stabiliti (stability providers).

Pada masa yang sama, ketika pasaran kripto menawarkan ‘diskaun’, CEO Tron itu memberitahu telah membeli sejumlah besar aset Bitcoin dan Ethereum: 4,145 BTC ketika harga mencecah $36,868 dan 54,153 ETH pada $2,509 seunit.

Artikel ini ditulis ketika kedua-dua aset ini didagangkan pada nilai:

  • BTC: $38, 154, susut lebih 6%
  • ETH: $2,438, susut hampir 22%
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat