Penggerak Pasaran Tukaran Matawang (forex) Sepanjang Minggu Ini (25 Sept – 29 Sept)

76

US dolar meneruskan kenaikan pada minggu ketiga berturut-turut dalam minggu terakhir suku ketiga tahun 2017. US dolar minggu ini meneruskan kenaikan dengan jangkaan bahawa ahli-ahli The Fed akan lebih hawkish dalam ucapan yang dibuat. Antara ahli The Fed yang menyampaikan ucapan minggu ini adalah Fed Dudley, Brainard, Kashkari, dan Janet Yellen sendiri sebagai pengerusi The Fed.

Selain daripada jangkaan komen yang lebih hawkish, antara faktor kenaikan US dolar juga adalah pengumuman pentadbiran kerajaan US tentang reformasi cukai. Presiden Trump berjanji mengurangkan cukai yang signifikan kepada golongan pertengahan yang dijangka akan meningkatkan lagi perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat sekaligus menyokong ekonomi Amerika yang berteraskan perkhidmatan.

Selain daripada itu, faktor tempoh kewangan di mana minggu ini merupakan minggu terakhir bulan September dan juga minggu terakhir suku ketiga 2017 menjadikan terdapatnya sedikit reversal dalam pasangan-pasangan matawang. Hal ini sebenarnya berikutan faktor pengambilan untung atau penutupan akaun bank-bank, pengurus dana dan syarikat-syarikat besar pada akhir suku ketiga. Biasanya inilah yang terjadi pada akhir tempoh kewangan bulanan, suku-tahunan ataupun tahunan.

Bagi perkembangan selepas pilihanraya Jerman dan New Zealand, masih ada ketidaktentuan politik di negara-negara ini. Oleh sebab itu, kita melihat ada kelemahan oleh matawang euro dan NZD pada minggu ini.

Data inflasi yang dikatakan sebagai pilihan utama The Fed pada Jumaat juga agak mengecewakan dengan bacaan yang meleset daripada jangkaan. Oleh itu, kita akan fokus kepada data-data minggu depan bagi mengesahkan pergerakan bullish untuk US dolar.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

18 Sept – 22 Sept 25 Sept – 29 Sept
Eur/Usd- 170 pip sideway Eur/Usd- 219 pip volatile
Usd/Jpy– naik 166 pip Usd/Jpy–  178 pip volatile
Gbp/Usd– 207 pip sideway Gbp/Usd– jatuh 228 pip
Usd/Chf- naik 167 pip Usd/Chf- 127 pip volatile
Usd/Cad– naik 219 pip Usd/Cad– naik 220 pip
Aud/Usd– volatile 195 pip Aud/Usd– jatuh 174 pip
Nzd/Usd– volatile 187 pip Nzd/Usd– 161 pip volatile

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan pasaran sepanjang minggu ini.

  • Ucapan Gabenor Kuroda (Isnin)

Beliau mengekalkan kesederhanaan terhadap pandangan ekonomi, memberi petunjuk bahawa kadar pemulihan ekonomi semakin mengukuh walaupun inflasi lemah. Kuroda kekal optimis dengan perbelanjaan pengguna dan hasil eksport berikutan permintaan luar dan domestik yang tinggi meransang pertumbuhan ekonomi negara yang turut dikenali dengan kedudukan ekonomi ketiga terbesar dunia.

  • Sentimen perniagaan Jerman (Isnin)

Keyakinan terhadap pasaran perniagaan Jerman sedikit rendah dalam bulan September ini, namun hampir menghampiri catatan tertinggi. Hal ini menujukkan bahawa pertumbuhan ekonomi zon Eropah masih lagi kuat.

  • Ucapan Fed Dudley (Isnin)

Fed sedang bergerak pada landasan yang betul dalam peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur. Hal ini berikutan hasil daripada faktor yang menekan kadar inflasi semakin berkurangan. Tambahan pula asas ekonomi U.S juga kukuh.

  • Indeks keyakinan pengguna US (Selasa)

Indeks keyakinan pengguna jatuh melebihi apa yang dijangka pada September. Bacaan jatuh kepada 119.8 pada tempoh sama berbanding Ogos lepas pada bacaan 120.4. Para penganalisis menjangkakan kejatuhan pada kadar 120.0 pada September, namun tersasar sebanyak 0.02.

  • Ucapan Fed Brainard (Selasa)

Ketaksamaan dalam pembahagian pekerjaan dalam ekonomi Amerika Syarikat mengurangkan potensi pertumbuhan jangka panjang, kata Gabenor Lael Brainard pada Selasa. Beliau juga menggesa bank pusat agar membuat lebih banyak kajian untuk mengurangkan ketaksamaan ini.

  • Data durable-goods US (Rabu)

Tempahan barangan tahan lama (durable-goods) sektor pembuatan meningkat melangkaui jangkaan pada bulan Ogos rentetan daripada ekonomi yang semakin pulih dan persepsi optimis terhadap ekonomi U.S.

  • Ucapan Gabenor Poloz (Rabu)

Poloz berkata “tiada penentuan awal (predetermined) bagi kadar faedah” mulai sekarang dan tindakan bank pusat akan bergantung kepada data-data di masa hadapan. Dalam komennya tentang tindakan berhati-hati dan penyenaraian ketidaktentuan yang dihadapi ekonomi Kanada, Poloz berkata bank pusat akan meneliti pergerakan dalam kadar faedah jangka panjang dan kadar tukaran matawang.

  • Komen Carney di BBC Radio (Khamis)

Mark Carney hari ini berjanji bahawa bank pusat akan membuat apa sahaja bagi memastikan kejayaan Brexit. Tetapi Carney memberi isyarat bahawa mereka akan menentang senario “tiada perjanjian” di mana Britain meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian. Carney juga memberi amaran bahawa mereka bersedia menaikkan kadar faedah untuk menyerap masalah dalam pasaran pinjaman yang boleh menyebabkan berulangnya krisis kewangan.

  • Pertumbuhan ekonomi GDP US (Khamis)

Ekonomi U.S mencatat pertumbuhan yang lebih pantas pada suku tahun kedua, melebih paras jangkaan sekaligus merupakan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Namun ekonomi U.S mungkin akan bergerak perlahan pada suku tahun ketiga rentetan daripada badai Harvey dan Irma.

  • Pertumbuhan ekonomi GDP Kanada (Jumaat)

Laporan rasmi yang dikeluarkan Kanada pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan ekonomi berada dalam keadaan mendatar iaitu tidak berubah pada bulan Julai, tersasar daripada jangkaan pada kadar 0.1%.

  • Data inflasi US, PCE (personal consumption expenditure), Jumaat

Perbelanjaan pengguna U.S meningkat seperti jangkaan pada bulan Ogos, manakala ‘perbelanjaan penggunaan peribadi teras’ (core-PCE) meleset daripada jangkaan berdasarkan data yang dikeluarkan pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat