Penggubal Dasar Jepun Ini Memberi Amaran Untuk Tidak Terlalu Bergantung Dengan Dasar Monetari

66

Penggubal dasar mesti mencari jalan untuk menyekat jumlah wang yang dicetak oleh bank-bank pusat serta menggantikannya dengan langkah yang mampu menggalakkan pertumbuhan seperti dorongan oleh institusi kewangan bagi memberi pinjaman yang lebih kepada industri yang inovatif.

Nobuchika Mori iaitu Pesuruhjaya atau Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun juga memberi amaran terhadap kebergantungan kepada dasar kewangan dan memberi lebih tumpuan kepada penyeliaan bank.

Mori yang juga dianggap sebagai antara calon yang layak untuk menggantikan Haruhiko Kuroda sebagai gabenor BoJ berkata bahawa rangsangan monetari yang agresif oleh bank-bank pusat telah gagal untuk memulihkan semula ekonomi.

Menurut beliau lagi, sejak menjalankan dasar monetari yang agresif, jumlah kredit telah melonjak dengan mendadak. Walau bagaimanapun, aktiviti perniagaan masih tidak berganjak daripada tahap lama. Hal ini mungkin disebabkan dana tidak disediakan dengan cara yang benar-benar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan agar penggubal dasar tidak terlalu bergantung kepada dasar kewangan sebaliknya mencari jalan untuk meningkatkan pinjaman kepada industri baru dan peminjam yang inovatif.

Selepas pembelian asset secara besar-besaran gagal untuk mempercepatkan inflasi, BoJ merombak rangka kerja dasar pada September kepada sasaran kadar faedah jangka panjang.

Beberapa penganalisis berpendapat bahawa Kuroda akan dilantik semula selepas tempoh lima tahun berakhir pada April 2018. Namun, sesetengah individu berpendapat bahawa Mori dikatakan lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Data Jualan Runcit Australia Merosot, AUD Menjunam

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat