Data Jualan Runcit Australia Merosot, AUD Menjunam

52

Aussie menjunam sekali lagi pada hari Selasa selepas data jualan runcit dilapor mengecewakan disamping fokus pasaran yang diletakkan kepada pembentangan bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malcolm Turnbull.

AUD/USD didagangkan pada 0.7362, merosot sebanyak 0.34 peratus manakala USD/JPY sedikit berubah kepada 113.22, merosot sebanyak 0.03 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.02 peratus kepada 99.01.

Australia dijangka akan membentangkan laporan bajet persekutuan bagi tahun fiskal bermula 1 Julai dengan dasar perumahan yang diletakkan sebagai fokus.

Australia melaporkan bahawa data jualan runcit menjunam sebanyak 0.1 peratus bagi bulan Mac dan meningkat sebanyak 0.1 peratus pada suku pertama, di bawah jangkaan awal.

Di Korea Selatan, pasaran ditutup bagi memberi laluan kepada proses pilihanraya Presiden dan majoriti sokongan dilihat berpihak kepada Moon Jae-in iaitu wakil Parti Demokratik Korea yang lebih liberal ke atas ekonomi dan dasar-dasar yang berkaitan dengan Korea Utara.

Semalam, US Dollar diniagakan lebih tinggi berbanding dengan sekumpulan matawang utama yang lain pada Isnin kerana disokong oleh kemerosotan terhadap matawang Euro apabila pelabur mengambil keuntungan terhadap matawang tunggal Kesatuan Eropah itu selepas kemenangan Emmanuel Macron di dalam pilihanraya presiden Perancis.

Calon parti ini menewaskan Le Pen sebagai calon anti-EU dengan margin keuntungan sebanyak 66 peratus.

Euro melonjak mendadak selepas kemenangan Macron setelah pelabur memutuskan untuk mengaut keuntungan sejak dua minggu perhimpunan matawang tunggal.

Menteri Kewangan Kanada Atur Pertemuan Dengan Wakil AS Bagi Membincangkan Isu Perdagangan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat