Menteri Kewangan Kanada Atur Pertemuan Dengan Wakil AS Bagi Membincangkan Isu Perdagangan

38

Salah seorang pegawai kanan kewangan kelmarin mengatakan bahawa Menteri Kewangan Kanada, Bill Morneau dijadual akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin ketika mesyuarat G7 di Bari, Itali minggu ini mengenai isu pembiayaan infrastruktur perdagangan di dalam satu perbincangan dua hala.

Topik dagangan seperti produk tenusu dan kayu halus dijangka akan menjadi tumpuan di dalam perbincangan tersebut memandangkan isu tersebut merupakan isu hangat yang melibatkan Kanada dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Justin Trudeau dilihat berada di dalam tekanan untuk melindungi pekerjaan rakyat Kanada selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaksa rundingan semula NAFTA.

Isu perdagangan bukanlah agenda rasmi di dalam pertemuan mesyuarat menteri-menteri kewangan dan bank pusat dari negara kumpulan G7, namun, isu ini masih akan dibincangkan sebagai sebahagian daripada cara untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan lebih meluas.

Washington bulan lalu telah mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengenakan ke atas produk import kayu Kanada. Tindakan yang didakwa tidak adil oleh Trudeau ini telah menyebabkan Perdana Menteri tersebut ingin menimbangkan larangan eksport arang batu AS melalui Pelabuhan Pasifik.

Isu perdagangan dikatakan telah dibincangkan dengan lebih meluas ketika pertemuan Menteri Kewangan G20 yang akan diadakan di Baden Baden, Jerman pada Mac lalu apabila kebanyakan menteri berjanji untuk mengekalkan dasar perdagangan bebas.

Satu kenyataan rasmi juga dijangka akan dikeluarkan selepas mesyuarat akan datang terutamanya yang berkaitan dengan exchange rate dan juga perjanjian bagi mengekalkan pendirian di dalam mesyuarat yang lepas.

Jangkaan Kenaikan Kadar Pada Bulan Jun Mula Memperlahankan Rentak Logam Berharga

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat