Jangkaan Kenaikan Kadar Pada Bulan Jun Mula Memperlahankan Rentak Logam Berharga

37

Harga emas meningkat sederhana di dalam sesi Asia pada Selasa disebabkan dagangan berhati-hati pelabur selepas jangkaan kenaikan kadar pada bulan Jun dan prospek yang lebih kukuh bagi matawang US Dollar.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada $1,228.78 satu troy ounce.

Semalam, harga emas diniagakan agak perlahan pada Isnin disebabkan kemerosotan permintaan terhadap asset selamat selepas kemenangan Emmanuel Macron di dalam pusingan kedua pilihanraya Perancis hujung minggu lepas yang juga sekali gus memberi kelegaan kepada pasaran.

Niaga emas bergelut untuk mempertahankan keuntungan selepas permintaan terhadap save haven asset mula merosot setelah Emmanuel Macron memenangi pilihanraya bagi merebut jawatan presiden Perancis dengan kelebihan 66 peratus pada Ahad.

Selain itu, US Dollar juga meningkat terhad ke paras tertinggi disebabkan kejatuhan logam berharga yang dinilai di dalam US Dollar.

Niaga emas juga diletakkan di dalam tekanan serta dihantar ke tahap yang paling rendah pada tahun 2017 selepas Amerika Syarikat melaporkan data pekerjaan yang agak positif pada Jumaat, sekali gus menambah keyakinan pasaran terhadap prospek kenaikan kadar seterusnya pada bulan Jun.

Menurut Fed rate monitor tool, pasaran kini menjangkakan 80 peratus jangkaan kenaikan kadar pada bulan depan berbanding dengan 63 peratus pada minggu sebelumnya. Emas merupakan asset yang agak sensitif dengan pergerakan kadar AS kerana sebarang perubahan kadar mampu mengubah kos untuk memiliki logam berkenaan.

Gabenor Ini Berharap Agar Dasar Pelonggaran Kuantitatif Semasa Mampu Mencapai Sasaran Inflasi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat