Jualan runcit di Australia merosot untuk dua bulan berturut-turut pada Mac. Jualan Mac iaitu petunjuk kepada perbelanjaan pengguna susut 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.3% oleh pasaran.
Komponen jualan makanan meningkat 0.1%, di mana barangan isirumah dan pakaian merosot.
Dari segi wilayah, jualan semakin meningkat di New South Wales, Victoria, South Australia dan di ibu negara Ausralia sendiri. Selain daripada wilayah-wilayah ini, merekod kemerosotan jualan.
Dolar Australia jatuh 0.1% kepada 0.7376 sejurus data ini dikeluarkan.
Seperti kebanyakan negara maju, Australia banyak bergantung kepada perbelanjaan pengguna. Penggunaan adalah pemacu utama pemulihan ekonomi domestik pada suku keempat 2016 yang juga menjadi sebahagian besar daripada penyumbang pertumbuhan ekonomi Australia.
Bulan lalu, indeks runcit yang dikeluarkan menunjukkan jualan yang perlahan pada 2017. Indeks terbaru ini menjangka peningkatan dari tahun ke tahun adalah 2.8% pada Mac 2017 dan akan semakin perlahan pada suku kedua kepada 2.6%.