Penggubalan Undang-Undang: Presiden Amerika Joe Biden Mula Intai Pasaran Kripto!

930

Para peneliti dan spekulator melihat bahawa pentadbiran Joe Biden telah mula agresif dalam cara mereka mengendalikan pasaran kripto. Dalam beberapa minggu akan datang, Rumah Putih dijangka akan mengeluarkan perintah eksekutif yang mengisytiharkan peraturan kriptowang dibawah keselamatan negara. Hal ini akan menyebabkan tahap tumpuan akan ditingkatkan sehingga memerlukan agensi kerajaan yang berbeza untuk memantau ekosistem kripto.

Berdasarkan laporan oleh Barron’s, memorandum keselamatan negara sedang berusaha untuk mencapai penyelarasan antara semua agensi kerajaan untuk membezakan dan mengehadkan kecekapan setiap entiti yang terlibat.

Pada masa ini, terdapat pendapat yang bercanggah mengenai beberapa aspek yang wujud dalam industri kriptowang dan penggunaannyadalam urus niaga. IRS, CFTC, SEC, dan OCC telah mengeluarkan banyak kenyataan yang mempengaruhi industri kripto. Beberapa kali, agensi penguatkuasaan undang-undang telah bekerja secara berasingan pada agenda yang hampir serupa – seperti cuba mengekang kripto privasi.

Sumber yang tidak bernama, melaporkan kepada Barron bahawa Joe Biden dan penasihatnya ingin meyatupadukan misi dan visi dimana ia telah gagal dicapai oleh pentadbiran terdahulu.

Jabatan Negara, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Ekonomi Negara, Majlis Penasihat Ekonomi, Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih akan menjadi entiti yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan garis panduan untuk mengawal selia kriptowang, stablecoin dan NFT.

Disamping itu, sumber tersebut menyatakan bahawa pentadbiran Joe Biden juga turut memiliki kecenderungan untuk bekerjasama dengan negara lain bagi menyegerakan pengawalseliaan.

Pemain industri tidak terlalu terkejut mengenai hal ini kerana sejak tahun lepas pentadbiran telah membunyikan penggeran mengenai pengubalan undang-undang pengawalseliaan kriptowang. Namun kebanyakkan daripada mereka termasuk pemain pasaran tidak begitu gemar jika tindakan ini direalisasikan.

Hal ini akan menyukarkan industri kripto untuk berkembang dan kerajaan mempuyai untuk melarang mana-mana urus niaga kriptowang yang tidak melalui proses undang-undang. Setakat ini tiada apa-apa kenyataan rasmi daripada Rumah Putih dalam mengulas memo Keselamatan Negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat