Pengguna Youtube Dapat Merasai Pengalaman Baru Dan Berbeza- Google Melancarkan Youtube VR

126

Berita Niaga Global

Youtube

Google telah melancarkan Youtube VR iaitu Youtube yang mengguna pakai teknologi virtual reality (VR) di Steam untuk pengguna HTC Vive.

Pengguna Youtube dapat merasai pengalaman baru dalam menikmati totonan di layar. Pengguna youtube akan dapat menikmati setiap saluran, video dalam bentuk virtual reality.

Terdapat saluran baru sudah mencubanya melalui Early Access Games di Steam. Pengguna boleh menikmati Youtube VR secara percuma di pasaran Steam seawal tahun 2018.

Namun, Youtube VR hanya dapat dinikmati dengan menggunakan HTC Vive, manakla VR headest keluaran HMD seperti Oculus Rift tidak akan digunakan.

Spotify

Perkhidmatan Spotify bertumbuh dengan pantas dalam masa beberapa bulan. Saham Spotify telah meningkat sebanyak 20% kepada $19 billion dalam masa beberapa bulan berikutan prestasi cemerlang indeks teknologi.

Menurut penganalisis, saham syarikat Sweden tersebut dikatakan lebih tinggi daripada peningkatan saham teknologi di US dan Eropah secara puratanya.

Walaupun belum memiliki status IPO, nilai saham Spotify berada pada paras lebih US$4,000 dalam pasaran pada pertengah Disember 2017.

Berita Niaga Lokal

Startup Malaysia menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila mampu menarik perhatian dalam negara dan luar negara.

Syarikat seperti Iflix, Kaodim Group, Jirnexu dan beberapa syarikat lain telah berjaya mengembangkan syarikat dan operasinya dalam tahun ini.

Pada tahun ini 10 syarikat start-up telah meraih nilai sebanyak US$246.92 juta atau menghampiri RM1 billion. Syarikat Iflix menduduki tangga teratas dengan meraih dana US$223 juta, diikuti oleh Kaodim Group dan Carsome.my

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat