Penggunaan Matawang Euro Di Peringkat Global Semakin Berkurangan – Coure

112

Penggunaan euro sebagai matawang antarabangsa telah merosot sepanjang tahun lalu yang disebabkan oleh kebimbangan terhadap risiko politik rantau Eropah dan peningkatan penggunaan matawang negara baru membangun (emerging market) seperti renminbi, kata ECB pada Rabu.

Kejatuhan besar dalam penggunaan direkodkan oleh euro sebagai matawang pembiayaan (funding currency), berikutan kos hedging yang tinggi jika berlaku kejatuhan nilai.

“Secara mudahnya, euro semakin kurang digunakan sebagai matawang antarabangsa,” kata Benoit Coure ahli lembaga ECB pada Rabu. “Tetapi euro mengekalkan kedudukannya sebagai matawang kedua terpenting dalam sistem monetari antarabangsa.”

Walaubagaimanapun, bank pusat masih meningkatkan rizab euro mereka disebabkan ekonomi blok ini yang semakin baik sejak krisis kewangan 2008.

Kepentingan matawang China renminbi yang semakin meningkat menyebabkan ECB menggantikan 500 juta euro ke dalam rizab asing mereka ke dalam bentuk renminbi dan ini akan berterusan dengan pembelian lain di masa akan datang.

Hampir 20% rizab asing disimpan dalam bentuk euro di peringkat global pada 2016 dan data menunjukkan ia akan terus meningkat.

Tidak dapat dinafikan, US dolar kekal sebagai matawang terpenting di dunia yang mewakili hampir 67% dalam pasaran hutang antarabangsa, pinjaman antarabangsa dan rizab asing, seperti yang ditunjukkan oleh data ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat