Salah seorang professor ekonomi dari University of California dan pengkritik amalan perdagangan China iaitu Peter Navarro telah dilantik untuk menerajui Majlis Perdagangan Antarabangsa di White House oleh Trump.
Navarro akan ditugaskan untuk menasihati Presiden terhadap strategi inovatif dalam rundingan perdagangan serta menyelaraskan agensi-agensi lain bagi menilai keupayaan pembuatan dan sistem pertahanan. Beliau turut dipertanggungjawabkan untuk membantu penganggur dalam mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan berkemahiran.
Hal ini telah diumumkan pada Rabu. Peter Navarro dikatakan salah seorang ahli ekonomi terkemuka yang menyokong kempen Trump. Sementara itu, Steven Mnuchin yang juga pengasas bersama Dune Capital Management LP telah dicalonkan untuk menjadi Setiausaha Perbendaharaan Negara, manakala Presiden Goldman Sachs Group telah dipilih menjadi Pengarah Majlis Ekonomi Negara.
Kata He Weiwen, Timbalan Pengarah Pusat China dan Globalisasi yang berpangkalan di Beijing, perlantikan ini dianggap sebagai mesej negatif yang harus diambil berat oleh pasaran kerana ia dianggap boleh mengganggu hubungan perdagangan antara China dan AS.
Hal ini demikian kerana sepanjang tempoh lebih daripada 15 tahun, Navarro dikatakan telah menghabiskan tempoh kerjayanya mengkritik China. Beliau juga telah menulis buku-buku dan mengarahkan dokumentari yang mengisahkan hubungan perdagangan antara AS -China yang menambahkan kebencian Trump terhadap China semasa kempennya.
Kelemahan US Dollar Punca Minyak Mentah didagang Lebih Tinggi