Pengukuhan Saham Asia Terbantut Terkesan Kenyataan Dovish Fed

340

Saham Asia pamer penurunan manakala bon menguat selepas Federal Reserve (Fed) menampilkan tinjauan ekonomi yang susut, menimbulkan spekulasi penambahan pakej ransangan yang sedia mencatat sejarah dana terbesar untuk pemulihan ekonomi.

Namun, kerugian saham adalah pada kadar sederhana setelah lonjakan baru-baru ini. Indeks terbesar MSCI bagi saham Asia-Pasifik luar Jepun telah merosot 0.3%, terbantut seketika setelah meraih keuntungan 10 sesi berturut-turut.

Nikkei susut 1.1% dengan kekuatan yen manakala cip biru China susut 0.4%. Manakala niaga hadapan bagi E-Mini untuk S&P 500 jatuh 0.4%.

Indeks Dow mengakhiri Rabu, susut 1.04%, S&P 500 susut 0.53%. Nasdaq Composite pula berjaya dengan rekod terbaru, meningkat 0.67% disokong oleh kenaikan saham Microsoft dan Apple.

Berdasarkan keadaan pasaran saham terkini, Fed meramalkan ekonomi Amerika Syarikat (A.S) akan menguncup 6.5% pada 2020 dan pengangguran pada kadar 9.3% menjelang akhir tahun.

Indeks harga pengguna AS jatuh kali ketiga berturut-turut sepanjang Mei, mencatatkan penurunan terbesar dalam rekod. Penurunan indeks ini akan memberi tekanan kepada US dolar, menyaksikan penyusutan ke paras terendah bagi tiga bulan ke atas mata wang pada 95.714.

Dolar menunjukkan lengkungan satu bulan, mendorong yen didagangkan pada 106.92, menguji paras sokongan pada 106.72. Euro dilihat kukuh pada $1.1389, mencatat rekod tertinggi sejak pertengahan Mac.

Prospek bagi kadar paling rendah untuk jangka panjang ialah keuntungan emas bagi semalaman, menjadikannya pada nilai $1,732 per auns.

Sementara itu, harga minyak turun selepas bekalan minyak mentah meningkat ke paras tertinggi. Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 88 sen kepada $40.85 setong manakala minyak mentah AS turun 93 sen kepada $38.67.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat