Pengukuhan USD Mula Surut, Mata wang Ini Pula Naik!

849

Keputusan mesyuarat polisi, inflasi dan konflik di Ukraine terus menjadi tumpuan pelabur dan mempengaruhi sentimen pasaran ketika menuju penghujung minggu.

US dolar susut dari puncak tertinggi dua tahunnya, memberi peluang kepada mata wang utama lain untuk mencatatkan sedikit keuntungan terutamanya dagangan pound.

Mata wang pound akhirnya boleh memanfaatkan bacaan data inflasi UK yang meningkat paling tinggi dalam tempoh 30 tahun kepada 7% pada bulan Mac dengan melonjak ke sekitar harga 1.3100 berbanding US dolar.

Sementara dolar loonie juga meningkat susulan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.00% menepati jangkaan secara meluas.

Selain itu, BOC juga mengumumkan rancangan untuk mula mengurangkan kunci kira-kira (blance sheet) mulai 25 April memandangkan ia melihat terdapat peningkatan risiko bahawa jangkaan inflasi yang tinggi akan kekal.

Dalam pada itu, Bank Pusat New Zealand (RBNZ) pula mencipta kejutan dengan meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas kepada 1.50% yang melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan 25 mata asas.

Kejutan ini sedikit menyokong kenaikan bagi dagangan dolar New Zealand yang dibataskan oleh pengukuhan US dolar sebelum ini.

Tumpuan seterusnya disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada malam ini, di mana tiada kenaikan kadar dijangka akan dibuat.

Euro sedikit meningkat berikutan kemerosotan dolar greenback, menyaksikannya didagangkan stabil pada sekitar harga 1.088 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat