Pengukuhan USD Terbantut, EUR/USD Melonjak Semula Menjelang Mesyuarat ECB

268

Mengecewakan pelabur, US dolar pada dagangan Rabu semalam dilihat gagal mengekalkan momentum pengukuhnnya.

Penganalisis berpandangan tumpuan terhadap inflasi Amerika Syarikat (AS) mula pudar selepas data yang diterbitkan menepati ramalan untuk meningkat.

Walaupun data indeks harga pengeluar AS diterbitkan dengan angka yang meningkat pada sesi New York semalam, namun pergerakan US dolar dibataskan oleh penurunan pada hasil bon AS yang susut dari paras tertinggi dicapai sebelum ini.

Kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran mengambil kesempatan untuk bangkit semula setelah menerima tekanan oleh pengukuhan US dolar sebelumnya.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan harga melonjak semula selepas mendatar di atas paras sokongan 1.0800.

Kenaikan sekitar 80 pips dipamerkan pada sesi New York semalam, namun pelabur akan berwaspada untuk dagangan Euro hari ini menjelang mesyuarat polisi European Central Bank (ECB).

Kenaikan harga dilihat memasuki zon rintangan pada 1.0900 untuk dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).

Pelabur menilai petunjuk awal untuk perubahan trend bullish semula pada carta EUR/USD selepas harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan melepasi zon 1.0900, sasaran rintangan seterusnya untuk diuji harga adalah pada paras 1.1000.

Kenaikan lebih tinggi pula dilihat akan menuju ke zon rintangan pada ketinggian 1.12000 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Mac lalu.

Namun jika kenaikan yang dipamerkan adalah sekadar pembetulan harga (correction), penurunan harga berkemungkinan boleh bersambung semula dan zon support 1.0800 akan terus diuji.

Sekiranya harga berjaya tembusi support tersebut, penurunan lebih rendah ke paras terendah terbaru dijangka mencecah ke paras sekitar 1.07000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat