Pengumuman Boris Johnson Ini Buatkan Ramai ‘Kurang Senang’!

1,013

Perdana Menteri UK Boris Johson pada hari ini mengumumkan rancangan pentadbiran beliau untuk menaikkan kadar cukai pada hari Selasa untuk membiayai penjagaan kesihatan dan pembaharuan sistem penjagaan sosial negara.

Pentadbiran Johnson telah menzahirkan untuk memperkenalkan pungutan penjagaan kesihatan dan sosial sebanyak 1.25% keatas pendapatan yang diperoleh di seluruh UK. Dalam masa yang sama, kadar cukai ke atas dividen pemegang saham juga akan ditingkatkan dengan jumlah yang sama. Ini akan bermula sebagai kenaikan pada kadar Insurans Nasional yang ada (cukai semasa pendapatan) dan menjadi cukai tersendiri atas pendapatan yang diperoleh pada tahun 2023.

Kenaikan cukai akan mendorong peningkatan hampir £36 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang berdasarkan laporan yang dikeluarkan pentadbiran UK. Jumlah dapatan cukai ini akan disalurkan kepada sektor kesihatan dan sosial UK.

Bagi merealisasikan rancangan ini, ia memerlukan persetujuan dari Parlimen sebelum rancangan tersebut dapat diterjemahkan dalam polisi.

Pada hari Selasa, Johnson menyatakan bahawa pentadbiran beliau terpaksa mengambil langkah yang sukar ini bagi mengatasi impak pandemik Covid-19. Secara keseluruhannya,mereka yang memperoleh pendapatan yang lebih banyak akan membayar cukai lebih banyak. Dalam masa yang sama, cukai ke atas dividen jugak dikenakan.

Jika diimbas kembali, dalam ucapan pertamanya sebagai perdana menteri pada tahun 2019, Johnson berikrar untuk menyelesaikan krisis dalam penjagaan kesihatan. Walaupun berdepan banyak kritikan pentadbiran Johson tetap bertekad untuk merealisasikan rancangan beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat