Pengumuman Pelan Belanjawan UK Ditunda Ke 17 November! Ini Yang Berlaku Pada Reaksi Pasaran

178

Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak pada hari mengumumkan bahawa bahawa pihak pentadbiran akan menangguhkan pengumuman rancangan kewangan yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak. Para pemerhati ingin memerhatikan bagaimana Rishi Sunak akan membaiki kewangan awam negara itu. Penangguhan ini ditangguhkan sehingga 17 November, lewat dua setengah minggu daripada yang dirancang.

Penangguhan itu, keputusan dasar pertama Sunak sejak mengambil alih tampuk pentadbiran daripada Liz Truss pada hari Selasa. Sebelum ini telah berlakunya penjualan panik dalam bon disebabkan oleh rancangan pemotongan cukai Truss pada September. Bagaimana dengan reaksi pasaran terhadap rancangan masih lagi jadi persoalan sehinggalah pengumuman.

Menteri kewangan Jeremy Hunt mengumumkan penangguhan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen dengan menyatakan bahawa pihak mereka memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan pelan baharu itu berjalan lancar dengan mengambil kira ramalan ekonomi terkini.

Pelan itu dijangka menetapkan bagaimana kerajaan akan menutup kekurangan bajet sebanyak 40 bilion pound ($46 bilion). Tidak seperti rancangan Truss bulan lepas, ia akan diaudit sepenuhnya oleh badan pemantau fiskal Britain.

Satu kenyataan dari pejabat Sunak berkata beliau memberitahu kabinetnya bahawa adalah “penting untuk mencapai keputusan yang betul dan menggunakan masa yang ada untuk buat keputusan”.

Kredibiliti Britain dalam pasaran kewangan sebelum ini menjadi pertikaian apabila Truss mengumumkan pemotongan cukainya yang tidak dibiayai, mencetuskan kepanikan dalam pasaran bon yang begitu teruk sehingga Bank of England terpaksa campur tangan dan Truss akhirnya meletak jawatan.

“Keutamaan nombor satu kami ialah kestabilan ekonomi dan memulihkan keyakinan bahawa United Kingdom adalah negara yang boleh diandalkan”, kata Hunt.

Mata wang GBP masih mengekalkan momentum pengukuhan berbanding US dolar. Pergerakan dalam pasaran bon adalah kecil berbanding dengan penjualan besar yang dicetuskan oleh Truss pada bulan September.

Kelewatan pelan belanjawan akan merumitkan tugas BoE minggu depan apabila ia dijangka menerbitkan ramalan ekonomi tanpa mengetahui butiran rancangan fiskal kerajaan, serta mengambil keputusan dasar monetari terbaharunya.

BoE dijangka menaikkan kadar faedah sekali lagi pada 3 November, mungkin kepada 3.0% daripada 2.25% walaupun pelabur meningkatkan pertaruhan mereka dengan peningkatan mata peratusan penuh selepas pengumuman kelewatan pelan belanjawan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat