Pengumuman Pembelian Bon Korporat Fed Lonjakkan Saham Global

499

Saham Asia kukuh dan dolar mencatatkan penyusutan pada Selasa berikutan sentimen pasaran disokong oleh permulaan kepada program pembelian bon korporat Federal Reserve (Fed), sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap gelombang kedua coronavirus.

Pembelian bon korporat oleh Fed akan dilakukan melalui pasaran sekunder, salah satu daripada inisiatif kecemasan yang dilancarkan berikutan dengan wabak Covid-19.

Sentimen positif pasaran juga telah melonjakkan pasaran hadapan Wall Street dengan e-Minis bagi S&P 500 ESc1 meningkat 1.6%, disusuli dengan lonjakan saham Amerika Syarikat (A.S) pada Isnin.

Sentimen pelabur juga didorong oleh laporan daripada Bloomberg News berkenaan pentadbiran Trump sedang menyiapkan kertas cadangan infrastruktur $1 trilion sebagai salah satu usaha untuk memulihkan ekonomi terbesar negara.

Indeks terbesar MSCI Asia Pasifik bagi saham luar Jepun meningkat 3.2%, lonjakan terbesar dalam tempoh sehari sejak 25 Mac. Manakala, saham Australia meningkat 4.4% dan pasaran saham China meningkat 1.2%.

Pasaran Eropah juga dilihat bersedia dengan pembukaan yang kukuh, dijangka pasaran hadapan EuroSTOXX 50 naik hampir 3.0%, pasaran hadapan DAX Jerman untung 3.1% dan pasaran hadapan FTSE naik 2.6%.

Sentimen di Asia juga didorong oleh berita berkenaan jangkitan coronavirus di Beijing. Indeks saham Jepun, Nikkei meningkat 4.9%, mencatatkan keuntungan tertinggi sejak 25 Mac. Manakala saham di Korea Selatan meningkat 4.8%.

Bagi pasaran matawang pula, dolar USD turun 0.1% kepada 96.44, hampir 1% rendah dari paras tertinggi pada Isnin iaitu 97.396. Dolar Australia melonjak tinggi dari 2% dari paras terendah dua minggu pada Isnin dan meningkat 0.6% kepada $0.6968 pada Selasa.

Matawang Jepun, yen mengalami sedikit perubahan, 107.33 per dolar. Bank of Japan (BOJ) mengekalkan pengaturan kewangan pada Selasa dengan meletakkan harapan bahawa ekonomi akan beransur pulih.

Penanda aras hasil perbendaharaan US 10 tahun melonjak kepada 0.7363% manakala perbezaan jarak hasil perbendaharaan antara dua tahun dan 10 tahun mengembang kepada 54 mata asas, menunjukkan kepada pemulihan risiko pelabur.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat