Peniaga Logam Hitam Mampu Meneruskan Senyuman Selepas Minyak Mentah Didagang Tinggi

39

Harga minyak mentah jatuh pada hari Selasa berikutan kebanyakan pelabur menanti lebih banyak berita mengenai bekalan minyak mentah AS. Sementara itu, pasaran di China ditutup selama seminggu.

Minyak mentah bagi penghantaran November susut 0.51% kepada $48.56 setong. Di ICE Futures Exchange, Brent mentah jatuh 0.33% kepada $50.72 setong.

Institut Petroleum Amerika akan mengeluarkan laporan mengenai produk tapisan dan minyak mentah pada Selasa. Data rasmi seterusnya bakal dikeluarkan pada Rabu oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

Semalam, harga minyak mentah AS berlegar berhampiran paras tertinggi selepas pengumuman pembekuan bekalan oleh OPEC pada minggu lepas terus menrangsang keyakinan pasaran.

Data pembelia pengurus Chicago juga dicatat meningkat 54.2 bulan ini berbanding sebelumnya.

Walaupun mencatat keraguan pada awal keputusan, peniaga kelihatan optimis di peringkat global selepas OPEC dikatakan bakal mengurangkan bekalan kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari.

Ini juga merupakan perjanjian pembekuan bekalan yang pertama sejak 2008.

Analisa Teknikal Mingguan 3-7 Oktober 2016

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat