Peningkatan Kadar US Semakin Menambah Tenaga Matawang Gergasi!

35

US Dollar didagang tinggi berbanding Yen dan Australia dalam sesi Asia selepas Fed menepati ramalan dengan menaikkan kadar sebanyak suku mata asas menjadikan kadar faedah AS sekarang berada pada tahap 0.75 peratus.

USD/JPY melonjak naik sebanyak 1.57 peratus, manakala AUD/USD jatuh 1.23 peratus.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Fed menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada Rabu bagi kenaikan kali pertama dalam tempoh setahun dan menjangkakan tiga kali kenaikan lagi pada tahun 2017.

Di Australia, data pekerjaan bagi bulan November menunjukkan peningkatan sementara kadar pengangguran turut dilapor stabil.

Semalam, US Dollar meningkat mendadak sejurus selepas Fed mengumumkan keputusan kadar terbaru.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama naik kepada 10.2.07 sebanyak 0.98 peratus.

Matawang gergasi tersebut meneruskan pengukuhan walaupun sudah sedia berlegar di puncak tertinggi selepas Donald Trump mengumumkan rancangan dasar ekonominya yang dikatakan bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi AS.

Dalam sidang media semalam, Yellen menekankan bahawa Kadar Dana Persekutuan hanya melalui sedikit perubahan. Tambahnya lagi, walaupun pasaran buruh AS kekal kukuh, tekanan yang terlalu besar terhadap pasaran kerja akan menyebabkan pengurangan melampau dalam pasaran tersebut. Hal ini sekali gus akan melonjakkan inflasi dengan mendadak serta menyebabkannya tersasar dari objektif Fed.

Tahap Inflasi dan Pasaran Buruh yang Bertambah Baik Punca Fed Mengambil Keputusan Untuk Menaikkan Kadar! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat