Peningkatan Kali Keempat Dalam Jualan Runcit Australia

35

Jualan runcit di Australia terus meningkat empat bulan berturut-turut pada November, tetapi peningkatan kali ini kurang daripada jangkaan yang menunjukkan perbelanjaan pengguna yang kurang kukuh sebelum perayaan pada Disember.

Jumlah pembelian runcit dengan tidak mengambilkira perbelanjaan perayaan (seasonally adjusted) meningkat 0.2% kepada $25.66 billion berbanding peningkatan 0.5% pada Oktober. Jangkaan penganalisis bagi jualan runcit kali ini ialah kenaikan 0.4%.

Jualan runcit di Australia boleh digunakan untuk menganggar perbelanjaan pengguna yang menyumbang lebih dari separuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara ini.

Peningkatan kali ini banyak disumbangkan oleh jualan barangan isirumah, makanan dan kafe/restoran. Peningkatan juga dicatat dalam jualan pakaian dan aksesori peribadi.

Dari segi peningkatan mengikut wilayah, Queensland mencatatkan peningkatan tertinggi, manakala wilayah yang lain, semua mencatatkan kenaikan kecuali Australia Selatan yang tidak berubah.

Jualan online juga meningkat mendadak pada November sebanyak 1.1% dengan tidak mengambilkira perayaan yang meningkat dua kali ganda daripada bulan Oktober.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat